Kerjaya Gita Gutawa

Muzik

Gutawa bermain piano dalam Konsert Kotak Musik Gita Gutawa pada 2008

Pada tahun 2004, Gita telah didekati oleh pengurus kumpulan ADA Band, yang mendengar beliau berlatih di pengajaran nyanyian dari sebelah pintu studio kumpulan berkenaan. Beliau kemudian ditanya untuk menyanyikan lagu duet bersama vokalis kumpulan ini; Gutawa biarpun pada ketika itu hanya menyanyi sebagai hobi, menerimanya. Sebuah lagu duet, yang bertajuk “Yang Terbaik Bagimu”, telah dimuatkan dalam album ADA Band, Heaven of Love (2005), [1][4] yang terjual sebanyak 800, 000 salinan.[5] Selepas menyanyikan lagu duet lain bersama penyanyi lain, termasuk Haddad Alwi,[6] Gita telah ditanya untuk merakamkan album solo bersama Sony Music Indonesia.[1]

Selepas setahun dalam penerbitan, album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album telah dilancarkan pada Februari 2007.[2] Album ini diterbitkan oleh bapanya dan menampilkan lagu yang ditulis oleh Glenn Fredly dan Melly Goeslaw.[7] Mendapat sambutan baik, album Gita Gutawa telah terjual sebanyak 150, 000 salinan dalam masa 4 bulan dan akhirnya mendapat pensijilan platinum.[8] Selepas kejayaan album ini, jadual persekolahan Gita yang sebelum ini dipenuhi dengan penajaan dan permintaan media. Ini membuatkan ibu Gita, Lulu Andriani bertindak sebagai pengurus beliau, yang mana beliau terus berkhidmat sehingga beliau hamil. Satu lagi ahli keluarga Gutawa membantu menguruskannya, dengan ibunya menyusun jadual pertemuan media dan sesi rakaman Gutawa.[2]

Gutawa kemudiannya mula menyanyi di festival muzik bagi mencari pengalaman. Pada 2008, beliau memenangi Festival Lagu Kanak-Kanak Antarabangsa Nil ke-6 di Kaherah menerusi lagu “To Be One”[2] dendangan Ria Leimena, yang beliau sebelum ini menyanyikannya di dalam albumnya sebelum ini.[7] Pada tahun yang sama, beliau menghadiri festival lagu di Itali. Beliau kemudiannya menubuhkan satu kumpulan gadis untuk menyokong beliau selepas beberapa persembahannya yang terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan pemuzik pada saat-saat akhir.[2]

Sekembalinya beliau dari Itali, Gita memulakan rakaman album kedua, Harmoni Cinta pada Jun 2008.[9] Beliau memainkan peranan lebih besar dalam penerbitan album sulungnya, memilih konsep di sebalik album dan juga senarai runut; beliau akhirnya menulis lima daripada 12 lagu dalam albumnya. Album ini dikeluarkan pada Mei 2009,[8] terjual.[10] Pada Ogos tahun yang sama, beliau mengeluarkan biografinya, Kotak Musik Gita Gutawa.[11]

Gutawa mengikuti Harmoni Cinta pada Ogos 2010 dengan album ketiga, sebuah album keislaman, Balada Shalawat. Semasa rakaman, beliau menerima latihan daripada pendakwah atau ustaz, berkenaan dengan sebutan lirik bahasa Arab digunakan dalam kebanyakan lagu.[10] Album ini dilancarkan semasa Ramadan, dengan keuntungan didermakan kepada golongan miskin di Indonesia.[12]

Gita telah menyuarakan kebimbangan yang umum melihatnya di puncak kemasyhuran kerana bergantung kepada bapanya yang sudah menjadi terkenal; beliau menyatakan ketika sesi temubual bersama The Jakarta Post yang beliau belajar bahawa “nepotisme tidak akan berfungsi dalam industri muzik”. Kerana itu, Gutawa menyatakan bahawa duetnya bersama ADA Band dan kontrak bersama Sony Music telah menang secara keseluruhan menerusi merit beliau, dengan pengurus kumpulan itu tidak mengetahui yang beliau merupakan anak perempuan Erwin Gutawa apabila beliau mendekatinya. Beliau juga memetik “sentimen negatif terhadap populariti [beliau] secara tiba-tiba” sambil menoleh beliau ke belakang untuk melakukan yang terbaik.[1]

Pada 2011, Gutawa mengumumkan akan bersara daripada muzik untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Sebagai sambutan selamat tinggal, bapanya mengadakan konsert “A Masterpiece of Erwin Gutawa” di Jakarta.[13] Beliau memgumumkan akan merancang untuk mengambil ijazah ekonomi.[14] Pada 5 April 2012, semasa lawatannya ke Indonesia dari universitinya di England, beliau menyanyikan lagu Chrisye, Baju Pengantin di konsert Kidung Abadi Chrisye di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Jakarta.[3][15] Beliau dan bapanya juga menulis sebuah lagu baru untuk konsert, bertajuk Kidung Abadi yang dibuat oleh alunan tali bersama-sama dengan 246 suku kata dalam vokal Chrisye.[16]

Televisyen dan filem

Selepas kejayaan album studio pertama, beliau membuat persembahan dalam berbagai iklan televisyen.[9] Beliau kemuadiannya menerima tawaran berlakon dalam sebuah sinetron yang bertajuk Ajari Aku Cinta yang menggunakan lagunya, Bukan Permainan sebagai lagu tema. Gutawa menerima tawaran tersebut, tetapi kebanyakkannya peranan promosi.[5] beliau kemudiannya berlakon dalam sekuelnya, Ajari Aku Lagi Cinta.[1]

Pada 2009, Gita meminjamkan suaranya untuk satu watak dalam Meraih Mimpi, sebuah adaptasi Indonesia “Sing to the Dawn”; [17] rakaman suara mengambil masa empat bulan untuk disiapkan.[11] Beliau kemudian memetiknya sebagai satu pengalaman pembelajaran yang baik. Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam filem sulungnya, “Love in Perth”, yang beliau memegang peranan sebagai seorang pelajar periang di Perth, Australia. Beliau menganggapnya sebagai satu cabaran, untuk bahagian yang paling sukar, babak yang mana beliau menangis, beliau melatih di depan cermin. [17] Pada Mei 2011, beliau berkasih dengan pelakonnya dalam filem tersebut, Derby Romero, pasangan itu berpisah pada Januari 2012.[18]

Rujukan

WikiPedia: Gita Gutawa http://hot.detik.com/music/read/2007/03/08/195142/... http://www.gita-gutawa.com/ http://www.imdb.com/name/nm3601601/ http://musik.kapanlagi.com/berita/heaven-of-love-a... http://selebriti.kapanlagi.com/indonesia/g/gita_gu... http://selebriti.kapanlagi.com/indonesia/g/gita_gu... http://www.kapanlagi.com/h/harmoni-cinta-album-emp... http://www.kapanlagi.com/showbiz/selebriti/gita-gu... http://entertainment.kompas.com/read/2010/08/14/11... http://entertainment.kompas.com/read/2012/01/06/14...